Isu
perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung
bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah
perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat
khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi
memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan
masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang
kembali.
Antara usaha-usaha yang boleh
dilakukan dalam mewujudkan Negara yang aman dan makmur dalam kalangan rakyat
adalah dengan mengadakan aktiviti
gotong-royong.Aktiviti ini merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di
sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di
samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan
dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka . Contohnya, pihak
sekolah menjalankan gotong royong di persekitaran kawasan sekolah. Dengan itu,
kita dapat meringankan kerja serta memudahkan kerja sesuatu.
AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Selain
itu, kita juga boleh mewujudkan perpaduan dengan meraikan hari-hari perayaan
kaum Malaysia secara bersama-sama. Kita boleh berkunjung mengunjung antara satu
sama lain, dengan itu, kita dapat mengeratkan silaturahim antara kaum kaum di
Malaysia.Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina dan
lain-lain. Sikap kunjung mengunjung boleh menjadikan sesuatu kaum untuk memahami
perayaan masing-masing serta menghormati antara satu sama lain.

Di
samping itu, aktiviti sukan dan permainan juga merupakan salah satu saluran
bagi membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Sukan dan permainan yang
dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai
kaum di Malaysia. Contohnya, bola kerajang , bola sepak , bola takraw dan
lain-lain. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi membentuk
perpaduan dalam kalangan generasi muda kerana sekolah merupakan medan pertemuan
kaum yang semulajadi kerana penyertaan dalam aktiviti sukan tidak mengambil
kira aspek kaum.
SUKAN DAN PERMAINAN
Aktiviti sosial adalah amalan yang berupa gaya hidup dan
peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan
kecendurungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunaan sosial
kehidupan masayarakat berkenaan.Di Malaysia,kepelbagaian penduduk telah
mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup
mereka.Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan
orang-orang Melayu,orang Cina,orang India dan kaum yang lain.
Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai
bersopan-santun,kesederhanaan,keindahan dan dan keharmonian hidup antara
ahli-ahli keluarga,jiran tetangga dan
masyarakat.Walaubagaimanapun,kebudayaan di Malaysia melalui budaya Cina
dan India sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang Melayu.Oleh
itu,kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan
mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain.Ianya dapat
menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di
Malaysia.
Masyarakat
majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila
semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam
semua aktiviti seperti kemerdekaan,perayaan,kesultanaan dan
sebagainya.Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat
secara langsung melalui sambutan perayaan sama ada perayaan untuk kaum
Muslim,mahupun India dan Cina.Kesemua kaum bergotong-royong untuk
menyambut perayaan tersebut.Setiap kali perayaan,aktiviti
kunjung-mengkunjungi ini akan dijalankan dari rumah ke rumah tanpa
mengira kaum dan keturunan.Oleh itu,upacara rumah terbuka turut diadakan
bagi memeriahkan suasana hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan
silaturahim sesama mereka.
Dari segi bahasa pula,bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar
utama.Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum
di Malaysia telah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
Penggunaan
satu bahasa pehubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang
lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini

Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan mewujudkan
perpaduan masyarakat di negara kita . Pelbagai usaha dijalankan adalah demi
menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha
yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian,
perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai. Upacara
aktiviti sosial dan bahasa merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada
dalam setiap lapisan masyarakat.Oleh itu,masyarakat harus mengamalkan
nilai hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan
agama agar negara kita kekal aman dan damai.
Rujukan
http://purpleturtle-impianinsan.blogspot.my/2010/08/sosial-budaya.html
No comments:
Post a Comment