Di
Malaysia kita mempunyai rakyat yang berbeza agama,budaya,adat resam dan
bahasa.Rakyat Malaysia perlu memberi komitmen yang penuh untuk memucu
pembangunan negara.Kerajaan kita telah mengambil beberapa tidakan bagi
membentuk kesepaduan bangsa Malaysia dalam kepelbagaian kaum dan
agama.Antaranya menggubal dasar-dasar seperti Wawasan 2020 ,Gagasan 1
Malaysia ,Dasar Sosial Negara dan sebagainya bagi memelihara cara hidup
demokratik,kemajuan dan kemakmuran negara .perpaduan menjadi satu
keperluan sebagai asas kepada kehidupan yang aman dan damai.
Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bersatupadu dalam pelbagai
kaum supaya tidak mudah ditangkas oleh kuasa Barat yang rakus.Kita harus bantu membantu antara pelbagai kaum.Kerjasama
amat penting untuk membentuk kerjasama meliputi pelbagai aspek sama ada
dalam perhubungan sosial,ekonomi atau politik tanpa mengira perbezaan
warna kulit,bahasa dan kepercayaan seseorang.oleh itu,kita semua perlu
mengalakkan genersi muda supaya terlibat dengan program-program yang
berkaitan perpaduan seperti gotong royong ,rumah terbuka ,dan
lain-lain.Perpaduan merupakan satu keadaan yang menunjukkan bahawa
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bersatu dan menerima antara satu
sama lain. Rakyat Malaysia perlu mempunyai sikap bertolak ansur dan meghormati satu sama lain.Harap bangsa Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni supaya disegani oleh masyarakat dunia.
No comments:
Post a Comment