Hubungan
ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita berada di
dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada
pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum. Keadaan yang tidak stabil
ini akan membimbangkan para pelabur.
Sekiranya, sesebuah negara mengalami suasana huru-hara, pelabur
asing akan terasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan juga tentang
keselamatan perniagaan mereka di negara ini.Kemerosotan
ekonomi akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan negara kerana
kehidupan rakyat yang derita akibat kenaikan harga barang secara
mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada
para pelabur di dalam mahupun dari luar negara.
Malahan, taraf hidup penduduk akan menjadi rendah akibat ketiadaan
peluang pekerjaan. Oleh hal yang sedemikian, perpaduan di kalangan
rakyat menjadi salah satu faktor penting dalam penjanaan ekonomi negara.
1.Mengancam Keselamatan Negara
Pertahanan bagi sesebuah negara juga banyak bergantung kepada
rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat
daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara.
Hal ini demikian kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat
secara tidak langsungnya akan mewujudkan sebuah tembok pertahanan yang
kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah negara.Negara
yang kacau bilau bukan sahaja terdedah kepada ancaman dari dalaman
tetapi juga dari luar yang melihat ini sebagai peluang untuk campur
tangan sekaligus memberi peluang untuk menguasai negara tersebut sama
ada secara tidak langsung atau pun terang-terangan.
2.Menjejaskan Imej Negara
Bagi sebuah negara yang tidak aman, ia akan menjadi tajuk perbualan
di peringkat global. Imej negara terjejas dan keadaan ini menjadi buruk
apabila kita akan ditolak sama sekali untuk mengadakan kerjasama dengan
negara-negara maju yang lain.
Negara akan menjadi mundur sementara negara-negara yang tidak
mengalami pergolakan kaum akan mencapai kejayaan secara berterusan.
Tanpa keamanan, negara tersebut sukar untuk melakukan sesuatu yang dapat
membanggakan mahupun menarik perhatian negara lain.
Sebaliknya, jika perpaduan dan hubungan harmonis wujud antara rakyat,
ia adalah simbol kejayaan di peringkat global. Dengan ini, sesebuah
negara tersebut bukan sahaja akan disegani oleh negara lain malah akan
menjadi model dan rujukan kepada negara lain.
Hubungan antara negara akan berjaya dianjurkan dan pelbagai peluang
kerjasama akan wujud lalu membawa keuntungan ekonomi, sosial mahupun
politik.
No comments:
Post a Comment