Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perpaduan
ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza
untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata
lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
bangga negara . Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir
pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu
perkauman di kalangan kaum di Malaysia. Terdapat pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan
untuk memupuk isu perpaduan kaum di Malaysia termasuklah memperkenalkan
pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sejak di bangku sekolah. Justeru,
tanpa unsur perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat dalam
pelbagai bidang kehidupan tidak dapat dinikmati.
Setiap kaum mempunyai adat resam dan kebudayaan masing-masing
yang boleh diamalkan dengan aman dan damai.Adat secara umumnya
didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup yang merangkumi segala
tingkah laku,kepercayaan dan sebagainya.Ianya juga suatu peraturan yang
diamalkan secara turun-temurun dalam masyarakat sehingga menjadi suatu
hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.Peraturan ini menjadi kebiasaan
dan tabiat manusia semula jadi serta kemestian yang diikuti dari satu
generasi yang lain bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu.Adat ialah
peraturan yang sudah lama diamalkan uang merangkumi seluruh aspek
kehidupan seperti kelahiran,perkahwinan dan kematian.
Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan
oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat
tersebut.Di Malaysia,adat resam dan kebudayaan dapat dilihat dalam
kehidupan bagi setiap ras seperti adat resam masyarakat Melayu,Cina dan
India.Walaupun wujud kepelbagaian budaya dan agama,penduduk Malaysia
masih tetap hidup dalam suasana yang harmoni dan boleh mengamalkan
amalan agama masing-masing.Kesimpulannya,sebagai masyarakat Malaysia
kita hendaklah tidak menghina atau mengejek adat resam kaum lain
dan memberikan pandangan yang positif terhadap kaum lain.Walaupun kita
tidak dapat membantu mereka semasa upacara adat resam,sekurang-kurangnya
berkunjung ke rumah kaum lain pada hari upacara adat resam.
Kebudayaan dan adat masyarakat Malaysia walaupun berbeza,namun
mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri
individu ke arah yang lebih baik.Melaui usaha membentuk identiti dan
keperibadian kebangsaan,ia membolehkan masyarakat negara kita
berinteraksi dengan lebih baik di antara sama dalam melaksanakan
matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang
berpegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan
nilai-nilai murni yang diajar didalam agama mereka.Interaksi antara kaum
ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan
aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma
kehidupan.Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu
jalan ke arah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang
harmonis dan bersatu padu.
GAMBAR:
ORANG MELAYU
GAMBAR:
ORANG MELAYU
ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI
ADAT PERKAHWINAN
ORANG INDIA
UPACARA PERKAHWINAN
UPACARA MEMBERIKAN NAMA
ORANG CINA
JAMUAN MAKAN BERSAMA
UPACARA MINUM TEH
No comments:
Post a Comment