Justeru, majoriti kaum Melayu yang akan menuntut di sekolah Melayu.
Situasi ini menyebabkan interaksi para pelajar yang berbeza kaum dengan
kaum yang berlainan sangat-sangat terhad.Persefahaman antara satu sama
lain juga tidak disampaikan dengan sepenuhnya. Tambahan pula, sejak
kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19, selain bertujuan
untuk mencari kekayaan, orang Cina tidak lupa akan tanggungjawab sosial
mereka iaitu mendidik kanak-kanak Cina agar mereka mewarisi bahasa dan
budaya etnik Cina.
Justeru, penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi satu agenda
penting kepada mereka. Selain daripada itu, ibu bapa yang tidak yakin
terhadap sekolah kebangsaan tetapi menghantar anak mereka ke sekolah
jenis kebangsaan yang merasakan struktur pendidikan tersebut dapat
menjamin kecemerlangan akademik anak mereka juga menjauhi hubungan
antara etnik.
Faktor yang kedua ialah keadaan politik di negara kita. Isu-isu
mengenai bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi sering kali
dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu. Teknik-teknik
yang digunakan oleh orang politik berkenaan isu sensitif tersebut akan
memberikan impak yang negatif kepada rakyat.
Setiap kaum akan cuba mempertahankan hak mereka bagi mendapatkan
satu keadaan yang sama rata. Sebagai contoh, parti-parti politik
tertentu cuba mengambil peluang untuk menimbulkan perasaan kurang senang
hati di kalangan masyarakat dan seterusnya menyebarkan propaganda
berkenaan isu perkauman.Di samping itu, perbezaan nilai antara etnik
juga mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah rumit. Setiap kaum
mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa yang berlainan. Justeru, setiap
kaum akan mengamalkan ciri-ciri yang kemudiannya menjadi identiti diri
mereka. Persoalannya apabila identiti mereka dipersoalkan, kesejahteraan
dan keamanan negara akan terancam.Oleh itu, setiap etnik cuba mengambil
keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu sama lain. Impaknya
jurang hubungan antara kaum semakin membesar.
Anggota etnik akan memilih etnik yang sama dengan mereka sebagai
kawan mahupun rakan sekerja. Mereka mendapati sukar untuk
mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik yang lain dan
menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka dalam
kehidupan seharian.Sebagai
contohnya, sesetengah pensyarah di IPTA terpaksa mengagihkan ahli
kumpulan kerja kursus dengan memastikan setiap etnik terdapat dalam
sesebuah kumpulan itu.
Walaubagaimanapun, cara tersebut tidak memberikan kesan yang diingini
kerana masalah komunikasi dan ketidakselesaan wujud di kalangan etnik.
Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu akan wujud.British telah
menempatkan kaum-kaum tertentu kepada sektor-sektor ekonomi yang
berbeza semasa Tanah Melayu masih dijajah. Misalnya, kaum Melayu telah
ditempatkan di sektor pertanian yang berada di luar bandar. Sektor
tersebut memerlukan sumber tenaga fizikal dan berteknologi rendah.
Bagi kaum Cina pula ditempatkan di sektor perdagangan atau
perniagaan yang melibatkan teknologi tinggi. Manakala kaum India pula
terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Agihan
tersebut mengakibatkan jurang pendapatan antara kaum semakin ketara dan
tidak seimbang.Kaum Melayu dan India akan berhadapan dengan kemiskinan
manakala kaum Cina akan terus mencari peluang-peluang perniagaan bagi
mengukuhkan kemewahan mereka.
Perasaan tidak puas hati di antara etnik akan wujud. Justeru, ini
akan menyebabkan etnik-etnik berusaha untuk mempertahankan hak-hak
mereka serta kesaksamaan. Proses mempertahankan hak tersebut akan
merosakkan hubungan kaum kerana masing-masing mahu menjuarai perjuangan
mereka
Harrah's Resort Atlantic City Hotel & Casino - KTM
ReplyDeleteHarrah's Resort Atlantic City Hotel & Casino is located on The 5-Star waterfront in 하남 출장마사지 Atlantic City, 포항 출장안마 New Jersey. It 시흥 출장안마 features 포천 출장샵 luxury rooms, 공주 출장샵